Monday, August 23, 2010

Gathering 4/2010- 21 Ogos 2010=11 Ramadhan 1431

Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Haji Nor Hisham & Family telah selamat dijalankan pada 21 Ogos yang lalu. Antara Jemaah KT 25 yang hadir:
  1. Hj Zaini & partner
  2. Hj Mus & partner
  3. Dr Mohd Fadzli & family
  4. Hj Rizzal & family
  5. Hj Jamaludin & family (penganjur bersama)
  6. Hj Taufiq & family (Partner in crime Hj Zainal)
  7. Hj Zainal & partner (yang berpakat dgn Hj Taufiq memaklumkan tidak hadir & akhirnya tak merasa Laksa Johor Hjh Azizah:)

Pada Jam 6:15ptg majlis dimulakan dengan bacaan Yassin & Doa Selamat buat Hj Rizzal yang akan berangkat menunaikan umrah pada 30 Ogos-9 Sept nanti.

Selesai solat Maghrib dihidangkan pula dengan Nasi Ambeng yang marvelous. Diikuti dengan solat Isyak & Terawikh.

Tanpa dirancang majlis Iftar ini berlanjutan hingga waktu Sahhor di Kluang. Haji Jamal selaku Pakar Pujuk telah sudi menaja majlis Sahhor dengan hidangan sup gear box di Kluang pula. Kami bersurai sekitar jam 2:30 pagi.

Kami yang hadir sangat berterima kasih atas tajaan Iftar & Sahhor oleh para penganjur.

Seperti biasa berikut foto yang sempat dirakam pada Gathering yang sederhana tetapi meriah.

http://picasaweb.google.com/114034992198274345190/IftarShahorBhgSelatan#

1 comment:

  1. Msg dari Hj YB (M Yasin bin A Bakar)

    Alhamdulillah, best nye kalau dapat join…

    Kepada pihak penganjur, Hj Hisham and Hj Jamal, dengan berkat usaha anda ini, semoga Allah mempermurah kan lagi rezeki anda di masa akan datang..

    Kepada Hj Rizzal, semoga semua nya berjalan lancar dan selamat kembali…..

    Kepada haji2 yang lain, selamat meneruskan amalan berpuasa dan beribadah disepanjang bulan ramadhan yg berkat ini….

    Wasslm

    ReplyDelete